Senin, 20 Juni 2011

30 Kunci Kejayaan Dalam Kehidupan Muslim

http://www.drchamsipasha.com/photos/success.jpg

1- Bertaqwa kepada Allah SWT.

2-Memenuhi hati dengan perasaan cinta kepada Rasulullah SAW.

3-Mendahulukan cinta pada diri anda daripada cinta kepada orang lain.

4-Jangan menangis di atas apa yang telah berlalu.

5-Sentiasa optimis dalam kehidupan.

6-Luangkan masa bersama orang lain.

7-Apabila manusia kamu, jangan lupa kebaikan orang yang telah membentuk kebaikan kamu.

8-Jadikanlah diri kamu orang yang kemas janji dengan Allah SWT dan tidak menipu diri sendiri.

9-Jangan membiarkan kejayaan membentuk sifat membangga diri.

10-Jika kamu berjaya dalam sesuatu perkara, jangan kamu menyakiti pihak yang kalah.

11-Jangan himpun sifat rendah dengan sifat takabbur, kemuliaan dengan kejahatan dan sifat rendah diri dengan menghina diri serta jadikanlah orang soleh sebagai teman.

12-Jangan berkelahi dengan orang lain kerana perbalahan menghancurkan persahabatan.

13-Memberi maaf di atas kesalahan orang lain terhadap kamu.

14-Berjasalah kepada orang lain dengan buah fikiran kamu, harta kamu dan tenaga kamu.

15-Jadikan kegagalan sebagai satu pengajaran.

16-Pujilah kepada Allah SWT di atas segala pemberianNya.

17-Jangan lupa memohon keampunan dan kesejahteraan daripada Allah SWT setiap hari.

18-Pohonlah daripada Allah SWT Ilmu yang memberi manfaat dan rezeki yang melimpah ruah kerana ilmu adalah ibu segala kunci sesuatu.

19-Berusahalah membantu dan membahagiakan orang disekeliling kamu.

20-Ingatlah jasa mereka yang telah berjasa dan membantu kamu ketika menghadapi ujian Allah SWT.

21-Cubalah ingat nama mereka yang telah mengkhianati kamu dan pohonlah keampunan Allah SWT untuknya.

22-Bantulah mereka yang lemah sehingga mereka mampu menempuhi ujian dan dugaan tanpa bantuan kamu.

23-Jika seseorang menghadapi ujian dan penderitaan, hendaklah kamu tetap bersamanya sehingga ujian dan penderitaan tersebut lenyap.

24-Jangan kamu menyusahkan orang yang berhutang dengan kamu, kerana meringankan hutang akan memberi peluang kejayaan kepada kamu suatu hari nanti.

25-Jika kamu mencapai ketinggian, jangan kamu jadikan ketinggian tersebut penyebab kemusnahan hidup kamu.

26-Jangan kamu mencari keaiban orang lain.

27-Jangan kamu tanamkan sifat putus asa dalam diri kamu.

28-Yakinlah dengan kebaikan yang kamu lakukan dengan penuh kasih sayang, janganlah kamu menjadi penghalang kepada kebaikan orang lain.

29-Ingatlah orang mukmin mampu berpuasa atau berlapar, mampu menghadapi dugaan dan mampu hidup dalam kesusahan.

30-Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitungkan.

0 komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DAFTAR ISI BLOG